Polis tahan suspek kedua dalam kes merusuh di pasar malam - Utusan Malaysia

Polis tahan suspek kedua dalam kes merusuh di pasar malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam serangan ke atas dua wanita di kawasan pasar malam hadapan Bazar Buluh Kubu malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek kedua itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 2 pagi tadi  dan pihak polis masih memburu tiga orang lagi suspek bagi membantu siasatan kes ini.

Katanya,  sebelum itu pihak polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun merupakan seorang peniaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak boleh berharap sesiapa yang  terlibat atau mengetahui mereka terlibat supaya tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

“Kejadian ini berlaku disebabkan peniaga berang selepas wanita berusia 40 tahun melalui jalan yang sempit dan dia tidak sedar kemungkinan telah tergesel dengan orang atau gerai jualan di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program komuniti kepolisan dengan memberikan sumbangan kepada asnaf anjuran 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Balai Polis Badang dan Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma.

Turut hadir pada program itu Datuk Dr. Zulkepli Mohamed yang turut bersama menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Kampung Badang, Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahim,  beliau menasihatkan masyarakat supaya bertolak ansur dan bersabar jika berhadapan dengan situasi tersebut.

“Kita mengetahui bahawa hampir menjelang hari raya keadaan semakin  sibuk  peniaga dan pengguna jalan raya harus bersabar dalam menangani kejadian berlaku.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas  sekiranya bertentangan dengan undang-undang dan selain orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini