Polis tahan lelaki pandu kereta bertemankan mayat isteri di AS - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki pandu kereta bertemankan mayat isteri di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ELOY, Arizona – Seorang lelaki warga emas ditahan selepas polis menemui mayat isterinya pada kerusi penumpang barisan hadapan kereta yang dipandunya, lapor portal berita ABC News semalam.

Rodney Puckett (gambar kecil), 70, dari Sand Springs, Oklahoma ditahan ketika satu operasi pemeriksaan trafik pada Isnin lalu dan mayat itu pula dikenal pasti sebagai Linda Puckett, 74.

Rodney mendakwa Linda meninggal dunia di sebuah hotel di Texas ketika bercuti. Dia memindahkan mayat itu ke dalam kereta miliknya dan meneruskan pemanduan ke satu lokasi yang tidak didedahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan Polis Eloy dan pihak berkuasa di Texas kini sedang menyiasat sama ada Linda dibunuh atau sebaliknya.

Linda pernah memfailkan penceraian pada bulan Februari lalu dan mempunyai satu perintah perlindungan terhadap Rodney.

Mayat itu diserahkan kepada Pemeriksa Perubatan Daerah Pinal untuk menentukan punca kematian. Rodney pula ditahan di Penjara Daerah Pinal kerana menyembunyikan mayat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini