Polis sudah mulakan siasatan kes cabul wakil rakyat PKR - Utusan Malaysia

Polis sudah mulakan siasatan kes cabul wakil rakyat PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 18 Mei – Polis sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan kes cabul yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan dengan menyoal siasat beberapa saksi.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, hanya selepas keterangan kesemua saksi direkodkan baharu polis akan memutuskan tindakan lanjut.

“Pada Khamis lalu, satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita India berusia 47 tahun yang merupakan bekas Pegawai Penyelidik dan Bendahari PKR Cabang Sungai Siput.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam laporan itu dia menyatakan telah dicabul dan diaibkan oleh Ahli Parlimen (Kesavan). Kejadian itu dikatakan berlaku beberapa kali sejak Disember 2018,” kata Fadzil dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan 509 kanun keseksaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini