Polis siasat kes tular baling botol arak dalam surau - Utusan Malaysia

Polis siasat kes tular baling botol arak dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Polis terima satu laporan berhubung kejadian membaling botol arak di perkarangan Surau Al-Makmur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Jalan Pantai Dalam dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kes ini akan disiasat sebagai khianat.

Katanya, polis akan memantau kejadian ini dan akan mengadakan program cegah jenayah bagi memastikan ketenteraman awam di kawasan PPR itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis pandang serius kejadian ini kerana ia melibatkan hal keagamaan. Saya ingatkan masyarakat untuk perlunya saling faham dan menghormati agama lain.

“Usah bertindak sedemikian. Kita harap perkara ini dapat dihindari agar kehidupan bermasyarakat yang lebih harmoni,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, jemaah Surau Al-Makmur Projek PPR Sri Pantai dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling beberapa botol arak kosong di perkarangan surau berkenaan.

Kejadian dikatakan bermula pukul 10.30 malam ketika jemaah dari Blok 100 dan 102 PPR terbabit ke surau itu untuk menunaikan solat Isyak seterusnya solat sunat Tarawih.

Beberapa gambar kejadian kemudian telah tular di dalam Facebook.

Hantaran yang dikongsi netizen itu mendapat pelbagai reaksi sehingga mendakwa botol-botol yang dibaling kerana laungan azan dan tarawih dari surau berkenaan mungkin mengganggu segelintir penduduk.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini