Polis Selangor, prasarana lancar RCJ pantau stesen MRT - Utusan Malaysia

Polis Selangor, prasarana lancar RCJ pantau stesen MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 15 Mei – Sebanyak 58 kes jenayah dilaporkan berlaku di 21 stesen Transit Aliran Massa (MRT) di sekitar Selangor sejak Januari hingga April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan kejadian samun dan curi.

“Di Kajang sahaja sebanyak 19 kes dilaporkan di stesen-stesen MRT manakala Petaling Jaya (15), Sungai Buloh (11), Serdang (7), Gombak (4) dan Subang Jaya (2).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi membendung kejadian ini daripada terus meningkat, Polis Selangor bersama Prasarana Malaysia Berhad telah melancarkan Program Rondaan Cegah Jenayah (RCJ),” katanya dalam sidang akhbar di Stesen MRT Sungai Buloh di sini hari ini.

Menurutnya, menerusi program RCJ ini, sebanyak seorang anggota polis biasa dan dua anggota polis bantuan akan ditempatkan di semua stesen MRT setiap dua syif.

Dalam perkembangan lain, Noor Azam berkata, pihaknya telah mengenalpasti suspek dipercayai membunuh perunding majlis di Residensi Bestaria, Jalan Ukay Perdana, Dataran Ukay Perdana, Ampang, Ahad lalu.

“Apa yang boleh saya katakan adalah kita telah menemukan petunjuk positif berhubung kes ini.

“Namun perinciannya kita tidak boleh dedahkan buat masa sekarang kerana bimbang akan mengganggu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini