Polis rampas dadah bernilai lebih RM200,000 - Utusan Malaysia

Polis rampas dadah bernilai lebih RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah ganja seberat 121.23 kilogram yang bernilai RM243,000 dalam satu serbuan yang dilakukan di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.

Lelaki berusia 28 dan 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada pukul 9.25 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di satu kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Bandar Sunway di sini.

Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil pemeriksaan terhadap kereta Toyota Vios yang dinaiki suspek telah menemukan 119 ketulan mampat dadah disyaki jenis ganja di tempat duduk belakang kereta itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak polis telah menahan suspek dan menyita kereta tersebut, sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 dan wang tunai bernilai RM1,150 yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM60,000.

“Hasil siasatan mendapati bahawa suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah itu sejak tiga bulan lalu dan ganja tersebut diperoleh daripada negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Kamarul Zaman menambah, suspek telah menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu dan ganja itu diperoleh daripada negara jiran.

“Ganja tersebut disyaki diedarkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan jumlahnya boleh dibekalkan untuk 242,640 penagih.

“Hasil semakan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka tidak memiliki rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing mereka adalah negatif,” ujarnya.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Mei ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini