Polis nafi rancangan serangan bom oleh Daesh di Bintulu - Utusan Malaysia

Polis nafi rancangan serangan bom oleh Daesh di Bintulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU – Mesej tular di media sosial yang mendakwa kumpulan Daesh telah memasuki Sarawak serta merancang membuat serangan bom gereja di Bintulu adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili menyifatkan mesej tular yang bersertakan wajah tiga lelaki yang didakwa anggota kumpulan tersebut dan sedang diburu oleh polis sebagai berita palsu.

“Keadaan keselamatan secara keseluruhannya adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Bintulu, mesej tular tersebut turut mendakwa kumpulan berkenaan sedang merancang untuk melakukan serangan bom di gereja di Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini  menafikan wujudnya rancangan serangan bom di gereja di Sibu dan berkata ketiga-tiga lelaki dalam mesej tular itu telah ditangkap polis. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini