Polis Marin perangi kegiatan dadah di pulau peranginan - Utusan Malaysia

Polis Marin perangi kegiatan dadah di pulau peranginan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Bagi memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah di pulau-pulau peranginan sekitar Perairan Kota Kinabalu, satu operasi intra agensi telah diadakan di kawasan berkenaan, Sabtu lalu.

Memetik laporan Utusan Borneo, operasi berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi itu telah dijalankan di tiga pulau peranginan iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keseluruhannya, sebanyak 46 lelaki berusia dalam lingkungan umur 20 sehingga 50 tahun iaitu pekerja di pulau-pulau itu telah diperiksa dan menjalani saringan awal air kencing.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, seorang lelaki berusia 20 tahun bekerja sebagai penyelam didapati positif dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, operasi bertujuan menjalankan pemeriksaan terhadap semua pekerja di pulau-pulau peranginan, pemandu bot pelancong dan juga penyelam di pulau berkenaan bagi memastikan pulau-pulau itu bebas daripada aktiviti jenayah dan dadah termasuk juga dalam kalangan nelayan.

“Pekerja yang didapati positif dadah semasa saringan awal air kencing ditahan dan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini