ISTANBUL 2 Mei – Polis membuka 32 siasatan berikutan dakwaan pengundian ‘meragukan’ dibuat oleh parti pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan selepas kekalahan mengejutkan pilihan raya kerajana tempatan. Menurut Agensi Berita Anadolu, lebih 100 pegawai pilihan raya telah dipanggil dalam inkuiri merentasi tiga daerah di bandar terbesar negara. Terdahulu, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menyaksikan kekalahan di Ankara dan Istanbul yang mana telah dimenangi sejak 1994. – AFP










