JAKARTA 11 Mei – Lebih 100 banduan berjaya melarikan diri dari sebuah penjara Indonesia di pulau Sumatera, hari ini dalam insiden terbaharu yang menjejaskan imej sistem penjara negara ini.
Insiden di penjara daerah Siak itu berlaku pada awal pagi selepas berlaku rusuhan dan kebakaran di pusat tahanan terbabit.
Pihak berkuasa kemudian melancarkan pemburuan besar-besaran banduan yang lolos dan setakat ini sebanyak 115 orang berjaya ditahan semula hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua polis wilayah Riau, Widodo Eko Prihastopo berkata, ketika ini, puluhan lagi tahanan daripada jumlah keseluruhan hampir 650 banduan yang ditempatkan di penjara itu masih lagi bebas. – AFP











