Polis buru dua lelaki mencuri di restoran - Utusan Malaysia

Polis buru dua lelaki mencuri di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis kini memburu dua lelaki yang disyaki melarikan satu dompet dan tiga unit telefon bimbit milik pekerja di sebuah restoran di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Noor Azmi Yusoff berkata, dalam kejadian pada pukul 12 tengahari itu, suspek pergi ke premis tersebut dan berlakon sebagai pelanggan yang kononnya mahu membeli air.

“Pada mulanya salah seorang pekerja menyatakan bahawa premis itu tidak beroperasi pada hari tersebut namun majikannya telah melayan kedua-dua suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka hanya menyedari barangan milik mangsa yang diletakkan di atas meja iaitu sebuah dompet dan tiga unit telefon bimbit yang diletakkan di ruangan pelanggan telah hilang apabila kedua-duanya beredar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Azmi menambah, berdasarkan penelitian pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, suspek adalah dua lelaki warganegara tempatan berusia dalam lingkungan 40-an.

“Seorang suspek memakai baju tshirt berwarna biru berbelang dan bertopi manakala seorang lagi suspek memakai baju kemeja berwarna putih bertopi biru serta membawa beg galas berwarna hitam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini