LONDON 21 Mei – Bekas jurulatih Juventus, Marcello Lippi memberi petanda bahawa pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino atau Maurizio Sarri dari Chelsea akan menggantikan tempat Massimiliano Allegri di juara Serie A itu.
Allegri akan meninggalkan Juventus Ahad ini selepas menentang Sampdoria dalam saingan Serie A terakhir.
“Kenapa tidak ada kelab seperti Juventus yang menamakan pengganti kepada Allegri, keputusan yang sukar dibuat, tetapi mungkin mereka menunggu saingan tertentu berakhir
“Kita akan lihat sama ada jurulatih baharu itu terlibat dalam final Inggeris (Chelsea – final Liga Europa, Spurs – final Liga Juara-Juara), kemudian kita akan faham kenapa mereka melambatkan pengumuman.
“Ketika ini, kelab Inggeris merupakan pasukan terbaik di Eropah, tetapi semua ini ada paras naik dan turun. Saya fikir Sarri berpeluang cerah untuk menang Liga Europa, manakala Pochettino pula, keluarganya berasal dari Piedmont,” ujarnya.- AGENSI











