PNS anjur karnival jualan murah lebih 200 barang keperluan - Utusan Malaysia

PNS anjur karnival jualan murah lebih 200 barang keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Lebih 200 jenis produk termasuklah beras, gula, tepung, minyak masak, telur dan pelbagai lagi barang keperluan lain dijual di Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) Care Ar-Rahman Karnival Jimat Belanja yang berlangsung tiga hari bermula hari ini di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi di sini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, program itu diharapkan dapat menjadi acara tahunan bukan sahaja di kawasan Lembah Pantai, tetapi di seluruh ibu kota yang mempunyai penduduk dalam kalangan berpendapatan rendah (B40).

“Saya mengucapkan terima kasih kepada PNS kerana memilih masjid di kawasan ini sebagai destinasi pertama mereka menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap penduduk di sekitar kawasan Lembah Pantai tidak melepaskan peluang untuk membeli barang keperluan untuk menyambut Hari Raya. Saya juga difahamkan setiap hari akan ada ‘happy hour’ iaitu masa lelongan selama satu jam bermula pukul 3 hingga pukul 4 di mana barangan yang sudah murah ini akan dikurangkan lagi harganya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini