KUALA LUMPUR 9 Mei – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menafikan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang mendakwa PNB mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion.

Dalam kenyataan Ahmad Zahid dan Shamsul, masing-masing mendakwa dengan penjualan aset negara dan kerugian pertama PNB sebanyak RM6 bilion, membuktikan betapa rakusnya kerajaan meratah kekayaan negara untuk diri mereka sendiri.
Sehubungan itu, PNB dalam kenyataan di sini berkata, agensi itu tidak pernah merekodkan sebarang kerugian sejak penubuhannya. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











