TOKYO – Dinamik yang sering berubah-ubah dalam order antarabangsa dan bagaimana teknologi baharu akan mencorak masa depan akan menjadi intipati ucaptama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pembukaan Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25 (Persidangan Nikkei) esok. Pada tahun ini persidangan itu dijangka bakal menyaksikan perbincangan hangat memandangkan dunia kini dilanda pelbagai ketidaktentuan termasuk perang perdagangan Amerika-China, persaingan untuk menjadi kuasa ketenteraan berteknologi tinggi dan kebangkitan dasar perlindungan.…










