PKS, lori tangki diaktifkan bantu pengguna dapat bekalan air - Utusan Malaysia

PKS, lori tangki diaktifkan bantu pengguna dapat bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG –  Dua buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) dibuka bagi membantu penduduk sekitar daerah mendapatkan bekalan air sepanjang proses pembaikan tiga paip utama yang pecah berhampiran projek pembinaan Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor),  Abdul Raof Ahmad berkata, dua PKS itu akan diaktifkan bermula pukul 8 malam ini sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Katanya, sejumlah lori-lori tangki juga akan digerakkan kepada kawasan terjejas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua lokasi PKS itu adalah di Masjid As-Saadah, Lingkaran Sultan Abdul Samad 2, Bandar Sultan Suleiman dan Taman Rekreasi, Jalan Delima 8, Bandar Parkland.

“Selain itu, tiga lokasi pili awam juga telah disediakan iaitu di Masjid Ar Rahimah Sri Andalas (Berhadapan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang), Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 16 (Bawah Kolam Seksyen 16) dan Persiaran Astana, Bandar Bukit Raja (Berhampiran Kolam Bandar Bukit Raja),”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, hampir 90 kawasan sekitar Klang bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan tiga paip utama pecah berhampiran projek pembinaan WCE Banting-Taiping.

Antara kawasan terlibat seperti Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Puteri, Taman Sentosa dan Pulau Ketam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini