Pinda, gugur manifesto PH tidak sesuai - A. Kadir Jasin - Utusan Malaysia

Pinda, gugur manifesto PH tidak sesuai – A. Kadir Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu meminda atau menggugurkan terus mana-mana janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang tidak sesuai, tidak praktikal dan bertindih.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin berkata, janji-janji tersebut sama ada dasar dan rancangan adalah ciptaan kepemimpinan PH, justeru mereka tidak perlu terlalu terikat dengannya.

“Lagipun, janji-janji itu kita rangka ketika kita pembangkang di mana banyak maklumat adalah tidak lengkap atau tidak tepat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang kita tahu keadaan sebenar yang nyata lebih buruk daripada yang kita jangkakan maka kita berhak dan wajib membuat penyesuaian,” katanya dalam catatan di blog beliau, kadirjasin.blogspot.com, di sini semalam.

Dalam catatan sama, A. Kadir berkata, pimpinan tertinggi PH perlu menggesa mana-mana anggota Kabinet atau kerajaan negeri yang dilantik tetapi masih ‘merangkak’ dalam menunaikan tanggungjawab supaya memikirkan semula kedudukan mereka.

“Jika mereka berasa perlu, mengundurkan diri secara sukarela supaya orang lain boleh dilantik menggantikan mereka.

“Saya rasa masa setahun sudah cukup lama. Mungkin tidak kepada penjawat awam tetapi bagi rakyat jelata yang menaruh harapan, ia mungkin macam selama-lamanya,” katanya.

Tambah Ketua Media dan Komunikasi bagi Jawatankuasa Peralihan Majlis Penasihat Kerajaan itu, jumlah 50 peratus yang diberikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap prestasi menteri PH dilihat sebagai markah purata.

“Ada yang bawah 50 dan ada yang atas 50. Yang bawah daripada 50 itu bolehlah dijadikan sasaran untuk diganti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini