MASA hujung minggu pemuda berusia 26 tahun itu banyak dihabiskan dengan berkunjung ke tempat-tempat makan menarik di sekitar Lembah Klang. Fazi Nahriq Sarpin boleh dianggap sebagai seorang ‘pemburu makanan’ di tempat makan yang popular dan menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat. Justeru, tidak hairanlah dia sanggup memandu berpuluh kilometer dari Klang, Selangor ke Kantin@SetorGombak (Kantin SG), Gombak, Selangor semata-mata untuk merasai keenakan makanan di situ. Di buka secara rasmi pada April…










