RANTAU PANJANG 26 Mei – Piagam UMNO-Pas yang bakal dimeterai antara kedua-dua parti pembangkang itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri secara tidak langsung mengesahkan ‘hubungan gelap’ antara kedua-dua parti yang cuba disembunyikan sebelum ini. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berkata, pengesahan itu merupakan salah satu perkara yang pernah dituntut beliau sebelum ini supaya hubungan tersebut didedahkan kepada seluruh rakyat dan ahli parti. “Kalau nak buat hubungan…










