KUALA LUMPUR 27 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menyatakan pendirian yang tegas mengenai ancaman Amerika Syarikat (AS) terhadap kepemimpinan Iran.
Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan mengenai isu itu telah diadakan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam.
“Merujuk kebimbangan PKR dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam terhadap ancaman AS terhadap kepemimpinan Iran.
“Kerajaan perlu menyatakan pendirian tegas dengan menolak sebarang provokasi kepada seluruh negara Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Anwar yang juga Presiden PKR, beliau juga akan menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-14 di Mekah, 31 Mei ini.
Katanya, isteri beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah akan turut menghadiri sidang kemuncak tersebut. – UTUSAN ONLINE











