KOTA BHARU 29 Mei – Seorang petugas media dipercayai menjadi mangsa pertama keracunan makanan akibat makanan yang dibeli di bazar Ramadan tahun ini. Wartawan sambulan Berita Harian, Syaherah Mustafa, 27, dari Panji berkata, dia dan suaminya, Ahmad Fikri Mohamad, 29, mengalami cirit-birit dan muntah sejak malam kelmarin dan mengesyaki berpunca daripada lauk ayam pedas yang dibelinya dari sebuah gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Pasar Gok Kapur di sini.…










