Petronas santuni 150 murid sambut lebaran - Utusan Malaysia

Petronas santuni 150 murid sambut lebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 29 Mei – Seramai 150 murid kurang berkemampuan dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan menerima sumbangan sempena Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas pada tahun ini yang membabitkan peruntukan berjumlah RM60,000.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Datuk Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, setiap penerima akan menerima sumbangan RM400 termasuk baucer bernilai RM300 untuk pembelian menyambut Aidilfitri dan wang tunai RM100 sebagai duit raya.

“Hari ini kita membawa penerima ke pusat membeli belah sekitar Kota Bharu untuk membeli kelengkapan hari raya dan juga menerima sumbangan duit raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bertujuan meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan menyambut Ramadan di samping membantu membangkitkan kegembiraan mereka membuat persiapan hari raya, “ katanya ketika sesi membeli kelengkapan raya di Mydin Mall di sini hari ini

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Sempena program sentuhan kasih ini, penerima dan juga keluarga turut diraikan dalam satu majlis berbuka puasa Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi, Pasir Pekan di sini hari ini.

Majlis berbuka puasa berkenaan akan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuo Ahmad Yakob.

Dalam pada itu, Wan Mohd. Hasnan berkata, Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas digerakkan oleh Yayasan Petronas dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan Petronas sepanjang Ramadan diikuti sambutan Keamatan, Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bermula 8 Mei hingga 15 Jun tahun ini.

“Sumbangan adalah dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan harian dan kelengkapan rumah, hamper yang kesemuanya bernilai RM815,000 untuk agihkan kepada 2,800 keluarga kurang bernasih baik di seluruh negara.

“Program ini merupakan sebahagian daripada fokus Yayasan Petronas kepada aspek kesejahteraan komuniti dan pembangunan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini