Pesta Cahaya Malam Tujuh Likur hiasi Suria KLCC - Utusan Malaysia

Pesta Cahaya Malam Tujuh Likur hiasi Suria KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pusat beli-belah terkemuka, Suria KLCC di sini bakal meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menghidupkan semula kenangan tentang keseronokan malam ke-27 Ramadan yang dikenali sebagai Malam Tujuh Likur.

Bertemakan Semurni Ikatan Seindah Lebaran, ruang legar utama suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur.

Suria KLCC Sdn. Bhd. dalam kenyataan di sini berkata, pengunjung akan dapat merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur

Memuatkan artikel berkaitan…

di pusat pusat beli-belah itu bermula semalam hingga 9 Jun ini.

“Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bharu, Kelantan. Replika istana ini dihiasi pelbagai ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan seni bina masyarakat Melayu.

“Gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberikan impak yang sempurna terhadap replika istana lama tersebut,” katanya.

Selain itu menurut kenyataan itu, sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pengunjung dan pelancong di pusat beli-belah berkenaan.

“Lebih mengujakan apabila Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC.

“Berketinggian 70 kaki, pengunjung boleh mengabadikan kenangan di replika pelita yang mengagumkan ini sehingga 9 Jun,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sepanjang kempen itu, pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan menarik antaranya tarian drama Mak Yong, tarian muzikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional, dikir barat dan persembahan silat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini