Jakarta 22 Mei – Penunjuk perasaan dilaporkan masih membaling batu ke arah pasukan keselamatan yang berkawal di hadapan bangunan Bawaslu.
Detik News melaporkan, penunjuk perasaan dikatakan mengutip batu ditepi jalan lalu membalingnya ke arah anggota keselamatan.
Namun, ada di antara penunjuk perasaan mengalami masalah kesukaran bernafas susulan sebelum itu terkena semburan gas pemedih mata.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pasukan keselamatan juga bersiap sedia melancarkan meriam air sekiranya keadaan menjadi semakin tidak terkawal. – AGENSI











