KUALA LUMPUR 29 Mei – Persatuan Usahawan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) menolak sekeras-kerasnya pelantikan usahawan e-dagang terkemuka, Datin Vivy Yusof sebagai satu daripada Ahli Lembaga Pengarah baharu universiti tersebut. Wakil persatuan tersebut, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pengasas bersama The dUCk Group itu tidak layak dilantik memegang jawatan tersebut kerana beliau bukan daripada kalangan alumni UiTM. “Hanya alumni UiTM yang akan memahami perjalanan dan dasar universiti ini, selain Vivy terlalu…










