Perolehan FGV turun - Utusan Malaysia

Perolehan FGV turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Perolehan FGV Holdings Bhd. bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 2019 menurun kepada RM3.3 bilion, sembilan peratus lebih rendah berbanding RM3.6 bilion diperolehi pada suku sama sebelumnya sebahagian besar disebabkan kejatuhan ketara harga minyak sawit mentah (MSM) dan purata harga jualan gula yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum kepentingan dan cukai (PBIT) sebanyak RM78 juta bagi suku pertama, penurunan sebanyak 19 peratus berbanding RM96 juta direkodkan pada suku sama tahun lalu.

“Bagi tempoh kewangan yang disemak, harga purata MSM adalah RM1,986  per tan metrik (MT), 20 peratus lebih rendah berbanding harga purata MSM pada suku pertama 2018 iaitu RM 2,472/MT.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun kejatuhan harga amat besar, tetapi penurunan pendapatan kumpulan kurang ketara sebahagian besar disebabkan oleh penambahbaikan dalam prestasi operasi dan kos yang lebih rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi perladangan memfokuskan kepada mengetatkan proses pemerolehan melibatkan modal, perbelanjaan operasi, pengenalan sistem tugasan juga proses pekerja ladang baharu dan usaha itu mula membuahkan hasil.

Selain itu, beberapa inisiatif transformasi ladang dan kilang juga telah mula menunjukkan hasil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini