SAUDARA PENGARANG,
PENDUDUKdi sekitar Seksyen 6 dan Seksyen 8, Shah Alam menggesa pihak Majlis Bandar Shah Alam (MBSA) membaiki segera pondok perhentian bas yang tidak sempurna apabila atapnya sudah berbulan-bulan pecah dan tidak dibaiki.
Juga, hanya satu unit lampu yang menyala manakala dua unit lain tidak berfungsi.
Perhentian bas yang di maksudkan ini terletak di Persiaran Kayangan, iaitu jalan besar antara Seksyen 6 dengan Seksyen 8.
Penulis juga mendapati banyak lagi pondok perhentian bas di tempat lain tidak berkeadaan baik dan kebanyakan lampu tidak menyala pada waktu malam.
Justeru, Pihak MBSA perlu bertindak segera untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Usaha pemantauan kemudahan awam sepatutnya dilaksanakan lebih kerap demi keselamatan pengguna terutama yang menggunakan pengangkutan awam pada waktu malam.
KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam











