KUANTAN 3 Mei – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri melakukan pemantauan dan pemeriksaan berkala di semua panggung wayang bagi mengesan penonton yang merakam tayangan filem sama ada menggunakan telefon bimbit atau alat perakam video. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mohd. Suffian Mohd. Abass berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak 14 bilik tayangan diperiksa di dua operator panggung wayang termasuk MBO dan Golden Screen Cinema (GSC) di seluruh negeri ini.…