Perbincangan dengan Australia masih belum dimuktamadkan - Utusan Malaysia

Perbincangan dengan Australia masih belum dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perbincangan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia berhubung modul pengajaran bahasa Inggeris di peringkat prasekolah masih berlangsung pada masa ini.

KPM dalam kenyataannya hari ini berkata, belum ada sebarang keputusan muktamad yang dibuat setakat ini.

Kementerian akan terus berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di semua peringkat termasuk mereka yang mengikuti prasekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini adalah  selari dengan matlamat dan sasaran yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Roadmap Pengajaran Bahasa Inggeris 2015-2025, kata kenyataan itu.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris dalam laporan bertajuk ‘English help from Australia’ mendedahkan Malaysia kini sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan projek perintis pengajaran bahasa Inggeris peringkat prasekolah berdasarkan modul dalam talian yang diguna pakai di Australia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini