Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum esok - Utusan Malaysia

Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum esok dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

“Kita sudah berbincang dalam kementerian bersama dengan JPJ. Memang kita akan membuat pindaan terhadap peraturan cermin gelap yang akan saya umumkan pada sidang media esok selepas perjumpaan dengan JPJ secara muktamad,” katanya kepada Bernama selepas program temu bual ‘The Nation’ terbitan Bernama News Channel, hari ini.

Loke berkata, sesiapa yang ingin mendapat pengecualian untuk menggunakan cermin gelap memerlukan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah JPJ dan bayaran tambahan juga akan dikenakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengecualian mesti ada alasan atas isu keselamatan atau kesihatan.

“Tetapi saya nak perjelaskan jangan ada mana-mana pihak salah faham bahawa kita nak kenakan caj kepada semua orang. Kalau mengikut peraturan yang kita tetapkan tidak ada bayaran kepada kerajaan, bayaran hanya dikenakan kepada mereka yang minta pengecualian terhadap peraturan itu sahaja,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini