IPOH 29 Mei – Perak membantu pasukan adik, PKNP yang kini menduduki tangga kedua tercorot Liga Super dengan memberikan khidmat dua pemain secara pinjaman. Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic berkata, kedua-dua pemain itu ialah Muhamad Syazwan Zaipol Bahari dan Nazirul Afif Ibrahim yang dipinjamkan sehingga penghujung musim. Menurutnya, kehadiran dua pemain itu diharap dapat membantu PKNP untuk memperbaiki kedudukan dan kekal dalam saingan Liga Super musim depan. “Kedua-dua mereka pemain yang…










