Penunggang motosikal cedera rempuh kren jatuh dari lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal cedera rempuh kren jatuh dari lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Seorang lelaki mengalami kecederaan parah pada kaki selepas merempuh sebuah kren yang melintang di atas jalan raya selepas terjatuh daripada sebuah lori dalam satu kemalangan di Kilometer 4.7 Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kejadian kira-kira pukul 7.10 petang itu berlaku apabila lori berkenaan yang membawa muatan sebuah kren dipercayai telah hilang kawalan lalu mengakibatkan kren itu jatuh dan melintang di atas jalan raya. 

“Seorang penunggang motosikal jenis Kawasaki ER250 C berusia 31 tahun yang datang dari arah bertentangan kemudiannya tidak sempat mengelak dan melanggar kren tersebut mengakibatkan dia mengalami kecederaan parah pada pinggang serta kaki dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian tersebut juga telah mengakibatkan jalan di kedua-dua belah arah di tutup buat sementara waktu dan pemandu lori yang berusia 47 tahun juga telah mengalami kecederaan parah pada kaki dan leher,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bak Phai, siasatan yang dilakukan di lokasi kejadian telah mengemui dua peket plastik mengandungi dadah dipercayai jenis ganja di dalam lori berkenaan.

“Pemandu lori tersebut juga berada dalam keadaan khayal pada ketika itu dan telah dihantar ke hospital sama dengan diiringi oleh seorang anggota trafik.

“Siasatan berhubung kejadian ini diteruskan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini