JOHOR BAHRU 2 Mei – Penyatuan dua parti politik Melayu terbesar negara, iaitu UMNO dan Pas tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini. Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin berkata, sebaliknya perlu dilihat sebagai satu perkembangan positif politik tanah air. “Kerjasama antara parti politik bukan sesuatu yang baharu dan kerjasama antara Pas dan UMNO ini ternyata telah menimbulkan fenomena baharu dalam arena politik…










