PUTRAJAYA 28 Mei- Jumlah kes melibatkan penipuan perniagaan dalam talian semakin meningkat dan mencetuskan kebimbangan kerana kini berada di kedudukan kedua carta aduan selepas laporan mengenai kenaikan harga barang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap bulan pihaknya menerima sebanyak 25 peratus aduan mengenai penipuan perniagaan dalam talian. “Dahulu, aduan pengguna tentang penipuan perniagaan dalam talian berada pada kedudukan ke tujuh atau lapan, tetapi kini sudah berada di posisi kedua di belakang aduan peningkatan harga barang. “Setiap bulan, secara purata kita menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya