KUCHING 3 Mei – Bahagian Kuching mencatat peningkatan kes demam denggi secara mendadak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr. Azlee Ayub berkata, bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, sebanyak 159 kes demam denggi dilaporkan di bahagian Kuching berbanding 11 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Bagaimanapun, belum ada kes yang melibatkan kematian dilaporkan tahun ini. “Peningkatan kes denggi ini amat membimbangkan terutama jika melibat kematian dan kita perlu berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan keadaan berisiko ini dapat dicegah awal,” kata beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya