Penggemar Mozart lebih pintar: AC/DC pun sama! - Utusan Malaysia

Penggemar Mozart lebih pintar: AC/DC pun sama!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGGEMAR muzik klasik karya Mozart atau Bach diklasifikasi sebagai lebih bijak, lebih pintar berbanding mereka yang menyukai lirik dalam lagu, menurut satu kajian saintifik yang diterbitkan di dalam jurnal Evolutionary Biological Sciences terkini.

Kajian dilakukan oleh saintis dari Universiti Oxford Brookes yang terkemuka di United Kingdom, membabitkan lebih 400 pelajar di Croatia.

Ketua kajian, Elena Racevska melakukan penyelidikan terhadap 467 orang responden dengan meminta mereka melakukan ujian kecerdasan selain menilai genre muzik mengikut urutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil kajian mendapati individu dengan intelektual rendah menggemari muzik dengan lirik berbanding muzik orkestra yang kompleks.

Ia mengukuhkan lagi teori popular oleh Satoshi Kanazawa yang dikenali sebagai hipotesis Savanna-IQ mengaitkan intelek dengan novel atau rangsangan luar biasa.

Ironinya, mereka yang mem­peroleh markah kecerdasan intelektual (IQ) tertinggi menunjukkan pilihan yang jelas untuk muzik instrumental.

Bagaimanapun Racevska mengakui bahawa kajian dijalankan adalah terhad kerana tidak mengambil kira pelbagai faktor lain seperti umur dan tahap pendidikan.

Berita laporan Daily Mail di atas telah disiar di segmen berita luar negara Utusan Malaysia semalam, mendorong saya mengelamun jauh kaitan muzik dengan kecerdasan. Dalam banyak keadaan, artikel Merrepak dikarang dengan iringan muzik. Tetapi jarang sekali genre klasik.

Orang akan berdebat bahawa di manakah kewajaran kepintaran individu disukat menggunakan muzik? Sebelum anda berterusan Merrepak, ingatlah bahawa kajian di atas dilakukan secara sistematik dan pemarkahan. Ia bukan 100 peratus betul tetapi mungkin permulaan kepada banyak lagi kajian seumpamanya.

Bertenang. Bersantailah di hari Ahad ini. Merrepak hari ini menyenaraikan lagu yang disarankan mengikut angin individu, yang mungkin anda setuju. Dan jika tidak pun, anda boleh gantikan dengan lagu pilihan anda sendiri. Lagu mengikut angin atau mood anda, yang disarankan Merrepak:

  • 1 Malas

Sudah seminggu bekerja, hari ini mahu memerap dalam rumah sahaja. Hendak pergi beli-belah pun malas sebab orang pasti ramai beli persiapan raya. Jadi dengarlah lagu Apokalips oleh M. Nasir dan ulang lirik ini:

Ada masanya 
aku suka berteman

Ada masanya 
aku suka bersendiri

Ada masanya

aku suka berjalan

Ada masanya 
aku suka berehat

  • 2 Janji

Kecewa banyak janji tidak dipenuhi? Siapa yang berjanji itu anda sendiri tahu. Yang pen­­­ting, kita yang menagih janji mahu sangat-sangat ia dikotakan. Banyak sebenarnya lagu berkaitan janji. Paling terkenal Kau Lupa Janji oleh Jamal Abdillah. Cuma kali ini kita dengar Janji Manismu oleh Aishah.

Hati membeku mengingatkan

Kata janji manismu… oh…

Ku dilambung angan-angan

Belaian kasih sayang suci darimu

Oh kejamnya

  • 3 Traffic Jam

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas adalah normal di bandar-bandar besar. Cuma Shah Alam pelik. Sejak plaza tol Batu 3 ditutup pada 1 Januari 2018, lebuh raya Persekutuan kini menyerupai kesesakan di Cheras menjadi sesak 24 jam tujuh hari seminggu. Tiadakah sesiapa boleh bantu? Kalau begitu, nyanyilah lagu Highway To Hell oleh AC/DC.

I’m on the highway to hell

On the highway to hell

Highway to hell

I’m on the highway to hell

  • 4 Mahal

Peniaga mengeluh barang jualan tidak laku. Macam mana nak laku kalau harga mahal? Dia balas, harga naik sebab kos bahan mentah naik. Ok, malas nak bertekak. Kita beli barangan ruji sahaja. Atau beli secara dalam talian. Dengarlah Isi dan Kulit oleh Search.

Ada orang lihat kulit

Ada orang lihat isinya

Kulit dan isi memberi erti

Jikalau tahu menilainya

  • 5 Barcelona

Sampai sekarang ramai masih tidak percaya pasukan diketuai Lionel Messi ini telah ditewaskan semalu-malunya oleh Liverpool dalam perlawanan separuh akhir Piala Juara-Juara Eropah. Untuk mereka terutama di tanah air, sila dengar Bye Bye Bye oleh NSync.

Don’t wanna be a fool 
for you

Just another player in 
your game for two

‘Cause you may hate me but it ain’t no lie

Baby bye, bye, bye

  • 6 Pasrah

Terima memorandum syarikat bahawa gaji lewat bulan ini. Mengamuk lagilah kawan-kawan dalam Facebook (bukannya pegawai gaji baca pun). Kebanyakan kita tak mengamuk, walaupun hiba. Kita bersabar. Dengar lagu So Far Away oleh Dire Straits.

And you’re so far away 
from me

You’re so far away from me

So far I just can’t see

So far away from me

You’re so far away from me

  • 7 ManUnited

Penyokong ManUnited paling seronok ketika Manchester City menang satu mata mengalahkan Liverpool untuk jadi juara liga Inggeris. Sekarang mereka mahu jadi penyokong Tottenham Hotspur pula. Pada kedudukan keenam liga dengan sekarang 66 mata berbanding Liverpool 97 mata, mencemuh sahajalah boleh dilakukan. Dengar lagu Tiada Lagi oleh Mayang Sari.

Tiada lagi yang kuharapkan

Tiada lagi yang kuimpikan

Biar aku sendiri tanpa dirimu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini