LONDON 1 Mei – Pengasas WikiLeaks, Julian Assange dijatuhkan hukuman penjara selama 50 minggu hari ini kerana melanggar syarat jaminan mahkamah pada 2012. Terdahulu, Assange berlindung di Kedutaan Ecuador, London bagi mengelakkan diekstradisi ke Sweden. Assange hanya ditahan pada bulan lalu selepas Ecuador menarik balik status suaka dimilikinya. – AFP










