TUMPAT 18 Mei. – Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan di Patani, Thailand pagi ini. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan. Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya itu. “Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi…