KULIM – Perbuatan seorang penganggur mencuri wang sebanyak kira-kira RM800 selepas memecahkan tabung sebuah surau di Lunas di sini Selasa lalu menjerat diri apabila dia ditahan polis semalam. Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di satu kawasan di Taman Tiram, Lunas kira-kira pukul 9 pagi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md. Noor berkata, kehilangan wang tersebut disedari ahli kariah surau pada kelmarin selepas mendapati kunci tabung dipotong.…










