Peng Soon-Liu Ying mara ke suku akhir di New Zealand - Utusan Malaysia

Peng Soon-Liu Ying mara ke suku akhir di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka New Zealand selepas menewaskan wakil tuan rumah, Edward Lau-Elissa Tagle semalam.

Pilihan kedua kejohanan itu hanya mengambil masa 25 minit untuk menyingkirkan Lau-Tagle dengan kemenangan straight set 21-17, 21-15 pada aksi peringkat ketiga yang berlangsung di Stadium Eventfinda, Auckland.

Liu Ying mengakui teruja apabila dapat menepati ramalan untuk melangkah ke suku akhir dan berharap momentum tersebut dapat diteruskan dalam misi mara lebih jauh pada kejohanan kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bermain seperti biasa serta fokus sepenuhnya dalam mengutip mata demi mata pada perlawanan hari ini (semalam). Selain itu, pasangan lawan juga tidak memberi sebarang kesukaran dan saya sa­ngat gembira kerana dapat menamatkan saingan kali ini dengan straight set.

“Diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan, jadi ia tidak membuatkan kami tertekan. Namun, saya akui sememangnya harapan kami adalah untuk melangkah jauh dalam kejohanan ini. Cuma, kami lebih suka memberi tumpuan dalam satu ke satu perlawanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia turut meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pemain Jepun, Kazumasa Sakai dengan kemena­ngan straight set 23-21, 21-16.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini