KUALA LUMPUR 4 Mei – Pasangan beregu campuran bebas, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya ke aksi final Terbuka New Zealand, hari ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu meraih kemenangan 21-14, 21-18 ke atas pilihan keempat dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.
Keputusan itu menyaksikan mereka akan bertemu pilihan kelima dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti yang menang 21-12, 23-21 ke atas gandingan Taiwan, Wang Chi Lin-Cheng Chi Ya.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pasangan beregu lelaki bebas, Goh V Shem-Tan Wee Kiong apabila tewas kepada juara dunia dua kali dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam aksi tiga set 19-21, 21-18, 14-21.-UTUSAN ONLINE











