KABUL 28 Mei – Jumlah serangan terhadap sekolah-sekolah di Afghanistan dilaporkan meningkat hampir tiga kali ganda tahun lalu, sekali gus menyukarkan lagi usaha untuk memastikan pendidikan kanak-kanak di kebanyakan tempat di negara ini terjamin. Reuters memetik Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai berkata, angka serangan meningkat daripada 68 pada 2017 kepada 192 tahun lalu. Peningkatan jumlah serangan itu adalah pertama kali dicatatkan sejak 2015. “Pendidikan sedang terancam di…










