NEW DELHI 28 Mei – Pendaki Amerika Syarikat (AS) maut selepas turun dari Gunung Everest menjadikan keseluruhan 11 kematian termasuk beberapa kejadian disalahkan berikutan kesesakan. Christopher John Kulish, 61, telah sampai ke puncak pada ketinggian 8,848 meter dan selamat turun ke kem semalam. Bagaimanapun, menurut penganjur ekspedisi mangsa tiba-tiba mengalami masalah jantung dan meninggal dunia di South Col. Nepal mengeluarkan 381 permit mendaki pada musim ini dengan menyaksikan sebahagian pasukan terpaksa menunggu beberapa jam dalam ‘zon maut’ berbahaya, kehabisan bekalan oksigen dan risiko kepenatan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya