Pemandu treler tersepit selama lebih tiga jam - Utusan Malaysia

Pemandu treler tersepit selama lebih tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei.- Seorang pemandu treler terpaksa menanggung sakit selama lebih tiga jam selepas kaki kirinya tersepit apabila treler dipandunya terbalik di Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun patah kaki kiri selepas dia terperangkap dalam treler berkenaan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Shukor Hashim berkata, berikutan kejadian tersebut pasukan penyelamat terpaksa mendapatkan bantuan sebuah kren yang kebetulan melalui lokasi kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kren tersebut digunakan untuk membantu mengalihkan treler berkenaan seterusnya mengeluarkan mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati, treler membawa muatan besi itu terbabas sendiri ketika menuruni jalan berbukit menghala ke Batang Kali.

“Usaha menyelamat turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) namun selepas lebih tiga jam berusaha, mangsa dalam keadaan pucat akhirnya dapat dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Shukor, mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan lanjut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini