KUALA LUMPUR 29 Mei – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggesa semua pemandu termasuk perkhidmatan e-hailing dan teksi mendaftar serta mencarum Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) yang bakal diperluaskan kerajaan tidak lama lagi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, setakat ini hanya 14,500 daripada 200,000 pemandu teksi dan e-hailing mendaftar sistem tersebut. Katanya, pemandu yang didapati bersalah dan enggan mendaftar bakal dikenakan kompaun antara RM500 sehingga RM4,000…










