Pemandu teksi bawa dadah maut terjun van polis - Utusan Malaysia

Pemandu teksi bawa dadah maut terjun van polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Seorang pemandu teksi maut selepas terjun dari van polis di hadapan kondominium Vertical City, Jalan Semarak di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun terbabit dikatakan dalam perjalanan untuk dibawa ke lokap selepas pemeriksaan mendapati dia membawa pelbagai dadah bersamanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun, ketika dalam perjalanan suspek terus membuka pintu van sebelum terjun untuk melarikan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, suspek jatuh tersembam ke atas jalan raya dalam keadaan van sedang bergerak.

“Suspek kemudiannya disahkan meninggal dunia dan sewaktu kejadian, suspek diiringi oleh dua anggota berpangkat Lans Koperal.

“Kita akan mengambil keterangan anggota terlibat bagi mengetahui punca sebenar dan kes disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan juga dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini