Pemandu maut, rakan parah kereta dinaiki terbabas langgar pokok - Utusan Malaysia

Pemandu maut, rakan parah kereta dinaiki terbabas langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Simpang Halt di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12.25 tengah malam itu, mangsa, Wong Khiew Feng, 35, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dinaiki mereka sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Sepetang menghala ke Taiping.

“Tiba di lokasi, kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebantang pokok di tepi jalan.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah namun Khiew Feng yang memandu kereta itu disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Tambah Osman, mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat manakala rakannya turut dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×