Pemain naturalisasi bakal berdepan masalah jika tidak berdisiplin - Utusan Malaysia

Pemain naturalisasi bakal berdepan masalah jika tidak berdisiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain naturalisasi negara akan berdepan nasib malang sekiranya menimbulkan masalah dan tidak berdisiplin, kata bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan.

Jurulatih berpengalaman luas membimbing pemain asing di peringkat kelab itu mengakui sikap besar kepala dan sukar dikawal antara masalah disiplin yang sering ditonjolkan segelintir pemain setelah mencapai sesuatu kejayaan.

Namun, beliau menegaskan sekiranya pemain naturalisasi negara memilih untuk bersikap sedemikian ia hanya akan membunuh masa depan dan karier mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya kalau mana-mana pemain (asing) ada masalah disiplin, mereka tidak akan bermain untuk skuad negara (menjadi pemain naturalisasi). Tetapi katakan kita naturalisasikan seorang berumur 17 tahun dan apabila mencecah 22 tahun dia buat masalah…maka tiada tempat untuk dia lagi.

“Bila tiada tempat dalam skuad kebangsaan mahupun kelab, mereka mungkin jual jam atau kain di kaki lima. Jadi kalau mereka betul ingin menyarung jersi negara, mereka harus jaga disiplin,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sathianathan yang juga Ketua jurulatih Selangor dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), merupakan salah seorang daripada ahli Jawatankuasa Program Naturalisasi kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada masa sama, pengendali berusia 61 tahun itu berkata, jawatankuasa program akan memastikan pemain yang ditawarkan peluang itu lulus proses tapisan yang ketat melibatkan segenap aspek termasuk faktor disiplin. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini