Pelayaran keluar Equanimity tidak diiringi polis marin - Utusan Malaysia

Pelayaran keluar Equanimity tidak diiringi polis marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Kapal mewah Equanimity yang dijual kepada Genting Malaysia Bhd. atau syarikat tujuan khas (SPV) milik syarikat itu pada harga AS$126 juta (RM514 juta) disahkan telah berlayar keluar dari jeti Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Langkawi di Bukit Malut di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kapal mewah tersebut 
berlayar keluar menuju ke Singapura kira-kira pukul 2 petang.

“Pergerakan kapal adalah tanpa diiringi Pasukan Polis Marin kerana ia telah dimiliki sepenuhnya oleh Genting Malaysia Berhad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kapal itu bukan lagi aset kerajaan Malaysia yang diletakkan di bawah kawalan Jabatan Peguam 
Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kapal mewah berkenaan berlayar dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Langkawi pada November tahun lalu untuk ditempatkan di Mawilla 3 Pangkalan TLDM.

Kosmo! pada 4 April lalu melaporkan kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low akhirnya dijual kepada Genting Malaysia Bhd. atau SPV milik syarikat itu pada harga AS$126 juta (RM514 juta).

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, penjualan kapal itu telah mendapat kelulusan Mahkamah Admiralti bagi menerima tawaran Genting Malaysia untuk membeli Equanimity mengikut terma dan syarat Syerif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini