Pelancong Perancis yang diculik berada di zon merah Benin - Utusan Malaysia

Pelancong Perancis yang diculik berada di zon merah Benin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 11 Mei – Dua pelancong Perancis yang diselamatkan daripada penculik di Burkina Faso minggu ini berada di kawasan Benin ketika kejadian itu yang sudah lama dinasihatkan untuk dijauhkan oleh para pelancong.

Menteri Luar, Jean-Yves Le Drian berkata, tempat tersebut merupakan zon merah yang mana anda tidak patut pergi kerana risiko signifikan jika ke sana.

Nasihat perjalanan kementerian luar menyenaraikan kawasan utara Benin berhampiran sempadan dengan Burkina Faso sebagai ‘Tidak Digalakkan Secara Rasmi’ termasuk Taman Negara Pendjari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia memberi amaran kepada ‘kehadiran kumpulan pengganas bersenjata dan risiko diculik’.

Terdahulu, Patrick Picque, 51, dan Laurent Lassimouillas, 46, hilang ketika lawatan ke Taman Negara Pendjari pada 1 Mei lalu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengarahkan serbuan malam dilakukan pada kem militan yang mana kedua mangsa bersama seorang wanita Amerika Syarikat dan Korea Selatan diselamatkan pada Khamis lalu.

Empat daripada enam penculik terbunuh manakala dua tentera Perancis juga maut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini